Bagaimana
kedaannya sekiranya seorang itu solat musafir iaitu jamak dan qasar berimamkan
orang yang solat biasa? Maksudnya dia nak jamak qasar, tapi ikut imam yang
solat biasa.
Jawapannya:
Sedangkan
jika musafir solat di belakang orang yang solat biasa (mukim), maka dia harus
menyempurnakan solatnya (tidak diqasar). Ketika Ibnu ‘Abbas ditanya mengenai
menyempurnakan solat di belakang orang yang solat biasa (mukim), maka beliau
menjawab “Itu adalah sunnah Abu al-Qaasim (Nabi Muhammad)" [Hadis Imam Ahmad
#1865. Asal hadis ini terdapat dalam Sahih Muslim #688].
Rujukan
jawapan:
Abu Bakr Jabir al-Jaza’iri (2011). Minhajul Muslim (terjemahan).
Indonesia. Darul Haq. Halaman 532.
No comments:
Post a Comment