11 Nov 2012

Kandungan Kitab al-Kafi (Syiah)


Antara kandungan kitab al-Kafi (rujukan utama Syiah):

1- Dinamakan babnya sebagai “Bab Sesungguhnya Imam-imam (alaihimussalaam) mengetahui bila mereka akan meninggal, dan sesungguhnya mereka tidak akan meninggal kecuali dengan pilihan mereka (pilihan imam-imam)” [1/258].

2- Dinamakan babnya sebagai “Bab Sesungguhnya imam-imam (alaihimussalaam) mengetahui alam apa yang telah berlaku dan apa yang sedang berlaku, tidak tersembunyi daripada mereka sesuatu pun” [1/260].

3- Dinamakan babnya sebagai “Bab sesungguhnya dunia ini semuanya untuk Imam-imam” [1/407 – 410].


4- Dalam furu’ al-Kafi (halaman 59) “Sesungguhnya ziarah kubur Husain menyamai dua puluh haji, bahkan lebih utama daripada dua puluh umrah dan haji”.



Rujukan:
[Ringkasan daripada soal-jawab Syaikh Soleh al-Munajjid dalam web Islamqa.com/ar].


10 Nov 2012

Bacaan Ketika Sujud Sahwi

Bacaan 'Subhana Man La Yanaamu Wala Yashu' ( سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلا يَسْهُو) semasa sujud sahwi:

1- kata Ibn Hajar al-Asqalani: "tidak ada baginya asal (bagi bacaan itu)" [al-Talkhis al-Habir. Kitab as-Solah. Bab Sujud as-Sahwi]

2- kata Imam an-Nawawi: "...sifat dua sujud ini (iaitu sujud sahwi) pada zikirnya (bacaannya) sama sepert sifat sujud-sujud dalam solat lain (tiada bacaan khusus)" [Majmu' Syarh al-Muhazzab. Kitab as-Solah. Bahagian Sujud Sahwi Dua Kali Sujud Antaranya Duduk]



7 Nov 2012

Takwim Persekolahan & Kelepasan Am (2013)






Solat Musafir Di Belakang Imam Biasa (Mukim)


Bagaimana kedaannya sekiranya seorang itu solat musafir iaitu jamak dan qasar berimamkan orang yang solat biasa? Maksudnya dia nak jamak qasar, tapi ikut imam yang solat biasa.

Jawapannya:

Sedangkan jika musafir solat di belakang orang yang solat biasa (mukim), maka dia harus menyempurnakan solatnya (tidak diqasar). Ketika Ibnu ‘Abbas ditanya mengenai menyempurnakan solat di belakang orang yang solat biasa (mukim), maka beliau menjawab “Itu adalah sunnah Abu al-Qaasim (Nabi Muhammad)" [Hadis Imam Ahmad #1865. Asal hadis ini terdapat dalam Sahih Muslim #688].


Rujukan jawapan: 

Abu Bakr Jabir al-Jaza’iri (2011). Minhajul Muslim (terjemahan). Indonesia. Darul Haq. Halaman 532.