24 Dec 2012

Zikir Selepas Solat #1

Dalam Sahih Muslim, terdapat beberapa zikir selepas solat yang telah dikumpulkan oleh Imam Muslim daripada hadis-hadis Nabi (saw). 

Di bawah Kitab al-Masaajid wa Mawadi'is Solaah (Kitab Masjid dan tempat-tempat solat), Bab Digalakkan (Disunatkah) zikir selepas solat dan penjelasan sifatnya (zikir), Imam Muslim membawakan 9 buah hadis berkaitan hal ini. 

Salah satu hadisnya ialah sebagai mana berikut:


رقم الحديث: 937
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَابْنُ نُمَيْرٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، عَنْ عَاصِمٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، إِذَا سَلَّمَ ، لَمْ يَقْعُدْ إِلَّا مِقْدَارَ ، مَا يَقُولُ : اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ ، وَمِنْكَ السَّلَامُ ، تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ "


Hadis no. 937 : dengan sanadnya daripada A'isyah berkata: bahawa Nabi (saw) apabila memberi salam (solat) baginda tidak duduk kecuali dalam satu tempoh masa dengan menyebut (berzikir): اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ ، وَمِنْكَ السَّلَامُ ، تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ.

Allahumma antas salaam, waminkas salam, tabaarakta ya zaljalali wal ikraam.

bersambung...

11 Nov 2012

Kandungan Kitab al-Kafi (Syiah)


Antara kandungan kitab al-Kafi (rujukan utama Syiah):

1- Dinamakan babnya sebagai “Bab Sesungguhnya Imam-imam (alaihimussalaam) mengetahui bila mereka akan meninggal, dan sesungguhnya mereka tidak akan meninggal kecuali dengan pilihan mereka (pilihan imam-imam)” [1/258].

2- Dinamakan babnya sebagai “Bab Sesungguhnya imam-imam (alaihimussalaam) mengetahui alam apa yang telah berlaku dan apa yang sedang berlaku, tidak tersembunyi daripada mereka sesuatu pun” [1/260].

3- Dinamakan babnya sebagai “Bab sesungguhnya dunia ini semuanya untuk Imam-imam” [1/407 – 410].


4- Dalam furu’ al-Kafi (halaman 59) “Sesungguhnya ziarah kubur Husain menyamai dua puluh haji, bahkan lebih utama daripada dua puluh umrah dan haji”.



Rujukan:
[Ringkasan daripada soal-jawab Syaikh Soleh al-Munajjid dalam web Islamqa.com/ar].


10 Nov 2012

Bacaan Ketika Sujud Sahwi

Bacaan 'Subhana Man La Yanaamu Wala Yashu' ( سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلا يَسْهُو) semasa sujud sahwi:

1- kata Ibn Hajar al-Asqalani: "tidak ada baginya asal (bagi bacaan itu)" [al-Talkhis al-Habir. Kitab as-Solah. Bab Sujud as-Sahwi]

2- kata Imam an-Nawawi: "...sifat dua sujud ini (iaitu sujud sahwi) pada zikirnya (bacaannya) sama sepert sifat sujud-sujud dalam solat lain (tiada bacaan khusus)" [Majmu' Syarh al-Muhazzab. Kitab as-Solah. Bahagian Sujud Sahwi Dua Kali Sujud Antaranya Duduk]



7 Nov 2012

Takwim Persekolahan & Kelepasan Am (2013)






Solat Musafir Di Belakang Imam Biasa (Mukim)


Bagaimana kedaannya sekiranya seorang itu solat musafir iaitu jamak dan qasar berimamkan orang yang solat biasa? Maksudnya dia nak jamak qasar, tapi ikut imam yang solat biasa.

Jawapannya:

Sedangkan jika musafir solat di belakang orang yang solat biasa (mukim), maka dia harus menyempurnakan solatnya (tidak diqasar). Ketika Ibnu ‘Abbas ditanya mengenai menyempurnakan solat di belakang orang yang solat biasa (mukim), maka beliau menjawab “Itu adalah sunnah Abu al-Qaasim (Nabi Muhammad)" [Hadis Imam Ahmad #1865. Asal hadis ini terdapat dalam Sahih Muslim #688].


Rujukan jawapan: 

Abu Bakr Jabir al-Jaza’iri (2011). Minhajul Muslim (terjemahan). Indonesia. Darul Haq. Halaman 532.